Wednesday 29 May 2013

Rasanya baru semalam....

Sungguh dah nak abis sem dah, bulan 9 ni bakal jadi pelajar tahun akhir..tak caye...

Rasanya baru semalam dapat result STAM
Rasanya baru semalam dapat tawaran belajar kat 'U'
Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke 'U' masuk sem 1
Rasanya baru semalam satu family datang menghantarku
Rasanya baru semalam first time jauh dari family
Rasanya baru semalam kali pertama masuk asrama
Rasanya baru semalam berebut nak naik bas ke kelas
Rasanya baru semalam kenal kawan-kawan sekelas, sefakulti,seuniversiti(yang skrg ni dh agak kamceng)
Rasanya baru semalam nangis coz 'homesick' ngan family
Rasanya baru semalam 'blur' bila sistem pembelajaran kt 'U' lain dari sekolah
Rasanya baru semalam dapat lecturer yang 'macam2 karakter'
Rasanya baru semalam tengok 'U' ni...wow, besar kotttt
Rasanya baru semalam demam seminggu masa first exam kt 'U' (terkejut tgk dewan exam besar sangat kot)
Rasanya baru semalam stuck selama 18 jam dalam bas masa first time nak balik raya kt kampung (dah la time puasa, menguji kesabaran sunggoh)
Rasanya baru semalam nangis sama-sama, ketawa sama-sama ngan kawan2
Rasanya baru semalam 'ditarbiyah' jadi budak baik (erk)
Rasanya baru semalam belajar berdikari
Rasanya baru semalam tempuh pelbagai pengalaman yang mengajarku erti 'kehidupan'

Semalam itu yang mengajarku pelbagai erti. Yang kadangkala menyakitkan, yang kadangkala menggembirakan, yang kadang-kadang begitu pahit untuk ditelan. Terima kasih semalam kerana hadir dalam hidupku....


Dan diri ini masih dan sentiasa mencari diri yang masih terkapai-kapai dalam arus pembangunan 'realiti kehidupan'.

May Allah Bless Us...
Jom jadi budak baik versi Ad-Din...(yang cukup syarat2 yg ditetapkan syariat)


Jom Ubah....

(Harap maaf tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak...peace)

Just hari ni nak kongsi tips daripada buku "Wasiat untuk Anakku" karya al-Fadhil Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri)

Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ni :
  • Ada apa pada nama?
  • Pembetulan matlamat
  • Sifat kelesuan
  • Buang masa
  • Membaca
  • Beberapa tabiat buruk
  • Cara membaca
  • Waktu membaca dan faedahnya
  • Kenapa mereka berjaya?
  • Apa untungnya berjaya dengan cemerlang
  • Apakah ruginya kegagalan?
  • Kejayaan keluarga sebagai obor
  • Ruginya menonton tv
  • Facebook, manfaat atau mudarat?
  • Membaca doa
  • Wasiat akhir
Rasanya bila baca tajuk2 ni pun dah boleh agak apa isinya dan erk..memang kena kt batang hidung sendiri kan. 'Wabak-wabak ni memang ada dalam diri kebanyakan dari kita kan? Tapi dalam buku ni banyak diselitkan juga mengenai kisah-kisah teladan. 



Masa depan ditangan kita. 'Wasiat Akhir' dalam buku ni mengajak kita berubah...
  • Ubahlah sikap dan perangai
  • Ubahlah perasaan malas kepada rajin
  • Ubahlah sikap acuh tak acuh kepada bersungguh
  • Ubahlah rasa tidak bermaya kepada sebuah harapan masa depan
  • Ubahlah daripada banyak termenung kepada memikirkan untuk menggapai kejayaan
Firman Allah SWT : 

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Al-Ra'd :13)

Nah...Allah SWT suruh kita sendiri yang berubah. Tak payah tanya orang lain nak berubah ke tak, tanya diri kita dulu nak berubah atau tak....



p/s : Jom ubah untuk kebahagiaan dunia akhirat.....




Monday 27 May 2013

Minggu Kaweennn.....:-)

Ok...minggu ni merupakan minggu kenduri kendara...
banyak jugak dapat jemputan tapi sedihnya semua tak dapat pergi coz saya masih ada kelas....(isk3)

Seorang sahabat masa sekolah rendah dulu pun dah selamat melayari bahtera rumahtangga 
Sabtu lepas (Barakallah Sally & pasangan)

Tak lupa jugak, this Thursday my cousin bakal jadi isteri....
Barakallah k.cik & pasangan.Moga jadi isteri solehah.(sayang, ore tok leh join)
(Bahagianya tengok orang kawin ni...aish...oppsss)

Haaaa...ni nak kongsi tujuan sebenar perkahwinan mengikut Islam :::


Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Berkahwin itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang tidak menyukainya, maka bukanlah dia daripada umatku.” Islam mensyariatkan perkahwinan atas tiga tujuan:
  • Pertama - untuk melahirkan zuriat dan keturunan, seperti yang dibacakan dalam ayat tadi. Ada dalam satu hadis Nabi menyebut bahawa baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti. Isteri Nabi Adam diriwayatkan bersalin sebanyak 20 kali, dan setiap kalinya kembar dua.
  • Kedua – melahirkan cara hidup yang aman, tenteram seperti yang disebut dalam surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." Allah menjadikan manusia untuk berpasangan dengan manusia juga. Perkahwinan dibenarkan agar manusia dapat hidup dalam keadaan penuh kasih sayang dan kasihan belas.
  • Ketiga – untuk mengelak perkara mungkar dan maksiat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Wahai orang muda, jika mampu, berkahwinlah”.
Jika salah satu tujuan ini tidak tercapai, maka tidak tercapailah tujuan perkahwinan sebenar dalam Islam.




                            gambar kawen mak sedara dengan geng anak2 sedara perempuan


Jom persiapkan diri untuk melangkah ke 'alam' seterusnya.....



p/s : jom ramaikan Ummat  Nabi SAW....Barakallahulakum semuaaa...

Assignment fever....

Beberapa minggu lagi exam bakal tiba. Kami semua dah cuak coz masa ni lah jugak nak pulun kejar assignment. Rasa cam tak cukup tanah nak jalan pun ada. 
Sem ni memang agak mencabar kerana amat la banyak assignment yang perlu disubmit...(oh,rasa nak demam).

Bila dikira-kira assignment yang perlu dihantar...emmm..lebih la 30 (erk,banyak ke?)
Tapi kadang-kadang tu sebab sikap kita sendiri...suka buat kerja last minute... hah, bila dah nk dekat tarikh due, mula la menggelabah, tak cukup tidur, sakit dan macam-macam lagi. Padahal lec dah bagi masa sebulan 2 siapkan assignmnet tu. Erk, tapi tu la, banyak alasan bila nak siapkan essemenkannn....(dush). 






Ok....esemen makin bertambah walaupun minggu ni last dh..............
..............................................................

p/s : yukkk...sambung buat esemen......

Sunday 19 May 2013

Kita Allah yang Punya



Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
Mana milik Kita
Mana milik kita

Tidak ada milik kita

Semua yang ada

Allah yang punya



Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkit

Siapa kita nak lawan perintah Allah SWT... bila hayati balik lirik lagu ni..erk memang terkena batang hidung...kadang-kadang kita terlupa sebenarnya kita ni milik Allah. 
Sampai sesuka hati je kita langgar perintahNya. 


Ego, takabbur, terlalu cinta duniawi (al-wahn) menyebabkan kita selalu lupa padaNya. 
Betulkan, kita cari Allah SWT masa susah je...time senang 'hilang ingatan' kat Allah SWT.
(Astaghfirulllah) 
Betapa sombong & angkuhnya kita. 
Agak-agak kalau Allah SWT tarik nyawa time kita tak ingat Allah camna ye?(Nauzubillahiminzalik)

Kadang-kadang sebab terlalu nak mengejar darjat & pangkat, kita tak ambil kira benda-benda haram (pandang sebelah mata je). 

Kadang-kadang letih melihat masyarakat sekarang. Gaduh, rasuah, tipu, sihir dah jadi mainan. Agama turut jadi mainan. Oh, masyarakatku dah rosak! Sape menang? tu hah, Syaitan dah bersorak ria...

Kadang-kadang terfikir jugak, macam tak pernah belajar agama langsung je orang yang buat benda-benda ni. Tak pernah ke terdetik kat hati diorang benda-benda ni tambah dosa je? oh, lupa...HIDAYAH itu milik Allah SWT...

Dan...kita sebagai masyarakat yang melihat! tengok je kan? nak tegur? ish mana boleh, kang jaga tepi kain orang, tak elok (Allah, lemahnya kami)......

p/s : sedih tengok masyarakat sekarang...KIAMAT DAH DEKAT!



Saturday 18 May 2013

Mati Satu Kepastian......








Mati....satu kepastian tapi kenapa kita masih sombong nak patuh perintah Allah SWT?
Bulan March lepas genap setahun pemergian datuk tersayang (belah umi) atau lebih mesra dipanggil 'Tok Ayah'....
namun, tak terasa pemergiannya...seolah-olah beliau masih hidup:::

Dibawah ni nk kongsi 'Belasungkawa Pemergian Tok Ayah' yang dicatat oleh kakanda tersayang seminggu selepas pemergian tok ayah......


1Hari ini genap seminggu Tok Ayah meninggalkan kami. Tok Ayah, kami sangat sedih dengan pemergian Tok Ayah, tetapi dalam masa yang sama kami gembira kerana kami yakin Tok Ayah pergi dengan 'Husnul Khatimah'. Apa lagi nikmat yang lebih besar melainkan dapat kembali kepadaNya dengan pengakhiran yang baik.


Tok Ayah, saat-saat terakhir tok Ayah di dunia ini, ada beberapa peristiwa yang berlaku kepada Tok Ayah yang meninggalkan kesan mendalam dan sangat memberi pengajaran kepada Kak Ngah.

Suatu pagi Tok Ayah tersedar lewat. Tok Ayah tergesa-gesa bangkit daripada tidur menuju ke bilik air kerana takut tidak sempat solat Subuh di masjid. 

Setibanya di pintu bilik air,Tok Ayah pitam akibat bangun dengan keadaan terkejut. Tok Ayah berusaha untuk tunaikan solat 5 waktu di masjid. Allahu Akbar!

Lalu Kak Ngah teringat satu hadis yang dipelajari sewaktu Tingkatan Empat dahulu, mengenai 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah pada hari Qiamat kelak. Salah satu daripadanya adalah "...dan lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid...".



2) Sedari muda sampailah pengakhiran usia, Tok Ayah suka berbakti kepada tanah.



3) Tok Ayah bercucuk tanam, juga membela itik ayam. Lada, terung, timun, kacang botol, labu, ubi, tembikai, pokok mengkudu, betik, nangka semuanya Tok Ayah pernah tanam. Walaupun kekadang tanaman tidak menjadi Tok Ayah tidak pernah berputus asa

4) Bahkan pada hari Ahad, 11/3/2012, empat hari sebelum Tok Ayah meninggalkan kami, Tok Ayah masih sibuk berkebun. Kak Ngah intai tempat Tok Ayah berkebun di belakang tapak rumah lama, kelihatan anak-anak pokok pisang yang baru Tok Ayah tanam, pokok buah 'khekuk'sedang berputik, pokok buah salak yang menunggu masa untuk berbuah lagi, dan Kak Ngah tengok ada beberapa batang kayu terpacak, rupa- rupanya Tok Ayah ada menanam pokok buah naga juga.



5) Tok Ayah tahu tak, Tok Ayah mendapat pahala yang berterusan hasil berbakti kepada tanah, selama mana anak cucu, saudara-mara, jiran tetangga mahupun binatang seperti semut, belalang, ulat, burung dan sebagainya, menikmati hasil tanaman Tok Ayah itu.


Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Kak Ngah akan kupasan hadis mengenai tanaman yang selalu Ustaz sebut juga sewaktu di tingkatan Empat dahul...
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya:



6) Rentetan peristiwa detik2 terakhir Allahyarham Tok Ayah.....


Pada hari Ahad 11/3/2012, sewaktu sedang bercucuk tanam buat kali terakhir, sekali lagi Tok Ayah pitam dan Tok Ayah baring berlantaikan tanah. Tiada siapa pun sedar, Tok Ayah berseorangan.

Sebaik sahaja Tok Ayah sedar, Tok ayah menuju ke kereta Kancil, memandu perlahan-lahan untuk pulang ke rumah. Tidak sampai suku jalan lagipun, kereta Tok Ayah terbabas lalu melanggar timbunan pasir di tepi kedai Pak Su Mad. Nasib baik Tok Bilal ada melihat, beliaulah menghubungi sanak-saudara memaklumkan hal ini. Tok Ayah di bawa ke klinik.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang dialami.


7) Keesokan harinya (Isnin) Tok Ayah pening lagi. Tok Ayah di bawa ke Hospital Tumpat. Setelah doktor membuat pemeriksaan, Alhamdulillah, Tok Ayah tidak mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung. Rasanya Tok Ayah juga tidak pernah alami 3 penyakit ini seumur hidup...


Cuma Tok Ayah kekurangan darah. Tok Ayah diserang minor stroke. Atas permintaan bapa saudara (Pak Abe), mahu Tok Ayah berehat dahulu di hospital memandangkan keadaan Tok Ayah yang tidak menentu. Tok Mek dan Cik Yah yang menunggu Tok Ayah malam itu.

8 ) Pada pagi hari Selasa, badan Tok Ayah di sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Tok Ayah perlu dipapah untuk ke bilik air. Tok Ayah semakin kritikal. 


Walaubagaimanapun, ingatan Tok Ayah tidak terganggu. Tok Ayah masih mengenali anak cucu yang pergi melawat. Tok Ayah boleh mengesan kesalahan bacaan Al-Quran yang dibaca. 

Alhamdulillah, Kak Ngah sempat menziarahi Tok Ayah di hospital sebaik sahaja tiba dari KL. Kak Ngah sempat meminta maaf daripada Tok Ayah. Harap Tok Ayah maafkan andainya Kak Ngah ada buat silap.



9) Pada hari Khamis, selepas waktu Asar, Tok Ayah semakin kritikal. Tok Mek, anak-menantu, cucu-cucit, saudara-mara yang ada di samping Tok Ayah, tidak putus-putus membacakan surah Yasin.


Kak Ngah melihat dada Tok Ayah berombak kencang, Tok Ayah bernafas dengan kuat. Satu ketika Kak Ngah melihat mata Tok Ayah terbeliak ke atas. Kami memperdengarkan kalimah Tauhid kepada Tok Ayah. Kak Ngah hanya sempat mengucapkan 3 kali sahaja kalimah Laa Ilaha Illallah di telinga Tok Ayah, Kak Ngah tidak mampu menahan sebak.

Melihatkan keadaan Tok Ayah, doktor memberi pilihan sama ada terus berada di Hospital Tumpat atau dipindahkan ke Hospital Kota Bharu (HKB). Kata sepakat diambil, mahu Tok Ayah di 'transfer' ke HKB. Tok Ayah di bawa ke ambulans. Sementara Kak Ngah membantu Tok Mek dan emak-emak saudara mengemas barang-barang untuk di bawa ke HKB. 


Sebaik sahaja keluar daripada wad lelaki menuju ke ambulans, keadaan Tok Ayah semakin tidak stabil, lalu Tok Ayah di bawa ke wad kecemasan. Sanak-saudara penuh mengelilingi katil Tok Ayah. 

Semua yang ada di situ membacakan surah Yasin secara serentak dengan diketuai oleh menantu Tok Ayah, Datuk Speaker Ustaz Nasuruddin Daud. Bergema di dalam wad kecemasan dengan bacaan Kalaamullah. 


Setelah selesai membaca surah Yasin, Ustaz Nasuruddin membaca doa dengan diaminkan oleh seluruh mereka yang berada di wad tersebut termasuk kakitangan hospital, tepat pada waktu Maghrib. Pihak hospital memeriksa Tok Ayah...
 



10) Ketika itu, Kak Ngah tiada di hospital. Kak Ngah pulang ke rumah kerana abah berpuasa(Khamis). Umi pula dalam perjalanan ke hospital semula setelah dikhabarkan Tok Ayah tidak jadi dihantar ke HKB. 


Azan Maghrib berkumandang, sedang abah menikmati capati + gulai ayam, juadah berbuka puasa yang sempat Kak Ngah sediakan sebelum pergi ke hospital tadi, tiba-tiba telefon berbunyi. Nama 'Abe Cik' tertera di skrin telefon Kak Ngah. Kedengaran suara Abe Cik sebak... "Ngah, Tok Ayah takdop doh"... Innalillahi wa inna ilaihi raajiuuun... Tok Ayah pergi meninggalkan kami..... 



11) Kata sepakat diambil, Tok Ayah akan dikebumikan malam itu juga pada jam 11 malam. Jenazah Tok Ayah dibawa balik ke rumah Pak Abe, Wan Hanapi (bapa saudara). Sekali lagi sanak saudara memenuhi ruang mengelilingi jenazah Tok Ayah, membacakan surah Yasin buat Tok Ayah. 


Kak Ngah sempat selak kain penutup muka Tok Ayah. Senyum, tenang, seolah-olah Tok Ayah sedang tidur. 

Jenazah Tok Ayah dimandikan, dengan dibantu oleh anakanda Pak Abe, cucu-cucu, Abe Long, Asyraf, Izzudin.

Tepat jam 11 malam, jenazah Tok Ayah dibawa ke Masjid Morak, juga diusung oleh cucu-cucu Tok Ayah. Ramainya sanak-saudara dan sahabat handai datang berziarah, sehingga ada yang terpaksa parking kereta di tepi jalan besar dan di tapak pasar malam tepi Masjid Morak. Kak Ngah mengikuti Ummi solat jenazah untuk Tok Ayah di masjid. Alhamudlillah, ramai yang turut sama solatkan jenazah Tok Ayah. 

Kemudian Kak Ngah menemani Ummi ke perkuburan. Jenazah Tok Ayah dimasukkan ke dalam Long (keranda), dan diangkat beramai-ramai ke dalam kubur dengan menggunakan tali. Begitu 'smooth' sekali melihat jenazah diuruskan...

Tiidak sampai 4 jam Tok Ayah menghembuskan nafas terakhir, Tok Ayah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Morak. Allah permudahkan segala urusan...Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga!



Allah...Allah...Allah....sepanjang hidupku, itu lah kali pertama lihat majlis pengebumian di hadiri begitu ramai manusia....Moga Allah tempatkan arwah Tok Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman...

Rindu & sayang Tok Ayah....
  
p/s::: :-(....

Monday 29 April 2013

PRU 13...Aku Datang

Salam....
waa...dah lama x update blog, banyak sebab (ceh, alasan)
emmm...memandangkan sekarang ni kita berada di ambang PRU 13, rasanya elok la kita bincang pasal ni..betul tak?

Kat area Nilai ni dh penuh bendera ( tapi x boleh lawan bendera kat negeri ambo, peace)
Kalau bercakap bab bendera ni, tengok tu cantik memang la cantik tapi kadang-kadang tu boleh mengundang bahaya. Rasanya dah banyak kemalangan yang berlaku sebab bendera. 

Ni nak pesan, x kira la parti mana pun kalau nak pasang bendera tu, pasang la tinggi-tinggi ke hatta nak pasang nun atas Gunung Everest pn, tapi jangan la sampai menghalang pemandangan...kat tempat saya tu dh berlaku kemalangan. Kesian, orang x bersalah plk kena. Ramai yang marah sebab bila  nak lalu (roundabout terutamanya) tak nampak kenderaan yang datang. Tambah-tambah waktu malam...lagi la naya.




Ok.Full stop....

p/s: Countdown PRU 13...x sabar nak balik mengundi (impian sejak kecil...heeee)

Friday 22 March 2013

Keberkatan Ilmu

"Awak tak amanah, saya tak halal ilmu saya kalau macam ni",tegur seorang pensyarah kami sambil menahan marah. Dia ketika itu sedang menanda kehadiran kami ke kuliah. Semua yang lain tergamam. Perkara yang sebenarnya berlaku bila beberapa pelajar 'teramat baik' menolong tandakan kehadiran kawan yang tidak hadir. Selesai semuanya, pensyarah kami terus keluar tanpa meneruskan pengajarannya. Ya Allah, apala nak jadi dengan korang ni?

Alahai kawan-kawanku, tak serik-serik lagi ke? perkara ni dah berlaku dah lama, tapi tak de yang menegur (saya pun x tegur jugak, segan dan tak berani (x bertempat)). Mungkin diaorang nampak pensyarah kami ni seorang yang baik, so mereka berani buat kot. 

Bila fikir-fikir balik, Ya Allah macam mana nak berkat ilmu macam ni. Cakap pasal berkat ni memang perkara yang dititik beratkan dalam Islam. Macam mana nak dapat keberkatan Allah kalau dengan ibu bapa atau guru pun kita tak jaga adab atau kehormatan. 

Saya pun tak pernah lari dari buat silap macam tu. Seingat saya masa sem 3, saya pernah 'tag' kad matrik tanpa memasuki kelas salah seorang pensyarah sebab nak siapkan assignment dan keputusannya result saya 'jatuh'. Tu la kan dah cakap fikir dulu sebelum buat. Lepas tu tobat tak nak buat dah. 

Dan sedaya upaya juga saya cuba menjaga adab-adab menuntut ilmu. Ingat lagi ketika persekolahan dulu sampaikan kerusi guru dalam kelas pun saya tak berani duduk dan ianya berterusan sampai sekarang (ooo, baik sangat la ni). Walhal tak de pun ayat Quran or hadis cakap tak boleh duduk atas kerusi guru.

Haa, perkara ni mesti korang pernah buatkan, TIDUR DALAM KELAS. Rasa-rasanya semua orang pernah dan sentiasa mengalami benda ni. Pensyarah baru nak start mengajar dah lentok (adeiii). Oh nak buat macam mana ni? rungut sahabat-sahabat dan saya. Walaupun kadang-kadang tu, dah 'bergelen-gelen' air sapu kat muka. Saya pun tak pasti cara yang bagaimana. Cuba rujuk sahabat-sahabat Rasulullah SAW atau ulama'-ulama' dulu belajar camne, mungkin korang akan jumpa caranya.

Sebenarnya banyak lagi adab-adab menuntut ilmu yang kita tak tahu. Pernah dulu, pihak sekolah menjemput Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari bagi ceramah. Semua guru dan pelajar wajib hadir. Masa Syeikh tengah mengajar tu tiba-tiba beliau berhenti dan terus menegur seorang pelajar yang nun duduk jauh di belakang berhenti bercakap. Terkejut semua. Malu pun ada. Memang Syeikh seorang yang agak 'straight' dalam menjaga adab-adab menuntut ilmu.

Ni saya nak kongsi sikit adab-adab menuntut ilmu:

  1. Niat yang ikhlas (pernah ikhlas ke?Astaghfirullah, tajdid balik niat tu)
  2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu (jom, sama-sama ubah)
  3. Bersabar dalam menuntut ilmu (sabar, sabar 3 sem je lagi)
  4. Tulis setiap yang dipelajar (kita bukan Imam As-Syaafie dapat ingat semua)
  5. Rendah diri (bukan bermakna korang kena jalan tunduk terus sampai terhantuk dinding or tiang, ce cari and faham balik makna rendah diri tu)
  6. Menjauhi dari kenyang yang berlebihan (kurangkan makan makanan2 yang berat sebelum kelas)
  7. Tidur yang sedikit (elakkan jadi vampire or sewaktu dengannya malam tu, tidur lewat laa)
  8. Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat (elakkan bercakap berlebihan or ketawa tak 'hengat' dunia)


Sama-samalah kita memohon ampun kepada Allah SWT, ibu bapa dan guru-guru atas ketelajuran kita.  May Allah Bless Us...



p/s: Innalillahiwainnailaihirajiuun di atas pemergian ulama' dunia As-Syahid Syeikh Ramadhan Al-Bouti. Allahumaghfirlahu warhamhu. Nak cari ulama' sepertinya 'take time'

Friday 15 March 2013

Zikir Terapi Diri

Assalamualaikum wbt...
Allhamdulillah, rasa bersyukur sangat sebab masih diberi peluang Allah SWT untuk menghirup udaraNya (I'm alive).  Nasib baik Allah bagi free je nikmat ni, agak-agak kalau kena bayar camne ye? Memang tetiap hari 'kering' la jawabnya.



Ok, kalau cakap bab bersyukur ni, dalam seharian berapa kali kita 'ingat' kat DIA? (ek eleh, tanya orang, yang menulis ni camna? dush....erk). Kita sering lupa Allah kan? sampai lupa nak berzikir walau satu zikir.

Tak tau nak zikir ape? dah, jangan cakap korang dari planet Pluto hatta planet Namet skali pun, sekarang ni dah belambak kot buku-buku zikir yang dijual. Dari sekecik-kecik tapak tangan sehingga sebesar-besar alam (eh, terlebih hiperbola la pulak) pun ada dijual buku zikir. Nak senang beli yang kecik, boleh letak dalam poket, tapi awas jangan sesekali bawak masuk tandas. Naya! Dan sekarang pun dah jadi trend pun, setiap kali majlis perkahwinan mesti ada 'sisa' berbentuk buku-buku ni. Jangan ambik je, jom sama-sama kita amalkan. 

Nabi SAW pun ada amalkan zikir dan ada seorang hamba Allah yang dah kumpulkan zikir-zikir atau doa-doa tu pun, tak tau? Al-Mathurat la (moga Allah merahmatinya). Alhamdulillah,saya pun ada amalkan zikir ni (moga ku terus istiqamah,amin)

Mengikut pengalaman bila saya amalkan zikir-zikir ni, rasa hari tu hidup saya lebih teratur dan tenang. Sambil-sambil drive motor baca zikir tu dan kalau rasa malas pun saya selawat atau baca lahaulawalaquwwataillahbillah...je (cuba nak istiqomah). Tak pun selepas solat subuh tu sebelum doa saya alunkan zikir al-Mathurat ngan sahabat-sahabat. Zikir Al-Mathurat ni ada 2 bahagian iaitu Al-Mathurat Sughra dan Al-Kubra. Ikut korang la nak amalkan yang mana, yang Al-Kubra lebih panjang doanya. Boleh amalkan pagi dan/atau petang.






Baca al-Mathurat ni rupa-rupanya ada kelebihannya juga (ooo, baru tau)

Dari Abdullah bin Umar RA, bahawasanya Rasulullah SAW bercerita tentang hambaNya yang mengatakan. "Ya Rabbi lakal hamdu..." Maka malaikat merasa berat dan tidak tahu bagaimana harus mencatat (pahalanya). Kemudain keduanya naik ke langit seraya berkata,"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya hambaMu telah mengatakan perkataan yang kami tidak tahu bagaimana mencatat (pahalanya)." Allah SWT berfirman, "Apakah yang dikatakan hambaKu?" Kedua malaikat menjawab, "Sesungguhnya ia telah mengatakan Ya Rabbi lakal hamdu..." Maka Allah SWT berfirman. "Catatlah pahalanya sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu tadi, sampai ia berjumpa denganku nescaya Aku (sendiri) yang akan membalasnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Subhanallah...sampai malaikat pun tak tau nak catat pahala apa, bila kita ucapkan salah satu dari zikir al-Mathurat tu. Hebatnya penangan al-Mathurat.

Allah SWT ada berfirman dalam surah Al-Mukmin(Ghaafir) ayat 60 :


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

''Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina-dina"

Nah, Allah dah berfirman tu, so jangan tangguh lagi, jom berzikir! 




p/s: Pray for Lahad Datu and so on...


Friday 8 March 2013

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

http://youtu.be/9w36mabEPfM


Allah, bila dengar lagu ni rasa macam nak terbang balik kampung nak peluk cium umi abah, nak mintak maaf. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur umi abahku. Semalam kami lapan beradik berchatting dekat ‘Muka Buku, Facebook la (terima kasih ye encik Mark Zuckerberg) memandangkan kami semua berjauhan, sorang kat Jordan, sorang kat Gombak dan 2 kat Nilai dan 4 lagi kat rumah. Rupa-rupanya adinda bongsuku mengadu yang membuatkan dia terasa hati dengan abahandaku. Agak terkejut juga bila dia menceritakan kejadian sebenar. Dia bimbang kata-kata abahanda tu akan terus Allah makbul (nauzubillahiminzalik). Kami abanganda-abanganda dan kakakanda-kakakandanya ni terus bagi nasihat kat dia, mungkin abah tersilap cakap kot . Ye lah manusia kan, sedangkan lidah pun boleh tergigit apatah lagi sesama manusia.

Macam-macam nasihat dah kami bagi .Waaa…adindaku ni betul-betul merajuk dan terasa hati kot, sampai tak nak makan dan keluar bilik. Saya boleh agak, umi dan abah mesti bimbang dan risau. Alongandaku pun ada cakap, dia perasan  abah rasa serba salah. Kami pakat-pakat bagi semangat kat adik, mintak dia minta maaf kat abah jugak. Selama kita jadi anak-anak ni dah berapa banyak dosa yang kita buat kat umi abah Agak-agak kalau boleh timbang tu, berapa kilo agaknya ye? (astaghfirullahalazim). Besar mana la silap umi abah nak dibandingkan dengan jasa-jasa mereka. Saya cakap kat adik, adik beruntung tinggal kat rumah sebab hari-hari dapat pahala free, sebab tetiap hari dapat tengok muka umi abah. Teringat pada satu hadis :

Daripada Aisyah radiallahuanha, Baginda SAW bersabda :  “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.’- (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan Melihat Ka’abah”.(Riwayat Abu Daud).

SubhanAllah, see! senangnya nak dapat pahala kan.

Emmm, pernah fikir tak kenapa kita?
  •        Kenapa kita sentiasa resah?
  •         Kenapa rasa tak bahagia?
  •         Kenapa bila belajar susah nak faham?
  •        Kenapa rasa macam tu macam ni?


Mudah je jawapannya, cuba kita cek balik hubungan kita dengan Allah dan ibu bapa. Mungkin kita ada pernah buat silap, pastu tak minta maaf.Erk!

Haa ni satu lagi hadis, Nabi berkata, “Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan Allah juga terletak pada kemarahan ibu bapa.” (Riwayat Al-Hakim)


Masa kecik-kecik dulu pernah tengok satu cerita kat tv, time tu semua sanak sedara berkumpul kat rumah, kitaorg tengok cite anak yang derhaka kat ibu (lupa dah tajuknya), Allah, bergenang air mata semua. Lepas tengok cite tu mak sedara pesan kat kami semua, Jangan derhaka kat ibu bapa. Terusku berdoa Ya Allah, Lindungi kami dari menjadi anak yang derhaka!Takut!




Ok, dah banyak saya membebel. Ni gambar umi abah, sweet, jeles tak (of course).
Doakan kami moga jadi anak yang soleh dan solehah serta hamba yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Dan saya doakan korang pun jadi anak yang soleh jugak ye...Aamiinn.

                                          Jom amalkan doa ni tetiap hari

p/s : Dah dah dah, adik g mitok maaf nga umi abah, dan maafkan abah ye.
       Jangan sesekali benci umi abah, kang masuk neraka! sape nak jawab  
       Nauzubillahiminzalik.....